Feb 24, 2013

Kanak-Kanak Syurga

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernah satu ketika dahulu...satu masa, aku seorang kanak-kanak kecil yang sentiasa mengikuti kakak dan abang-abang aku menonton filem dan drama. Bapaku juga sekali-sekala membawa balik Tape Video mengenai filem-filem atau dokumentasi yang menarik. Beliau mengambil peluang untuk membawa pulang filem menarik untuk tontonan anak-anaknya dek kerana pada waktu itu, beliau bekerja di Unit Teknologi Pendidikan.

Ada waktu ketika, beliau membawa pulang sebuah Filem Iran yang bertajuk Children Of Heaven. Pada masa itu aku masih kecil dan aku tidak ingat berapakah umur aku pada waktu ketika itu. Tetapi, kanak-kanak juga mempunyai perasaan yang sama dengan golongan remaja dan dewasa. Aku yang pada detik itu merupakan seorang kanak-kanak sejati sudah boleh menghayati cerita yang penuh pengajaran tersebut.  Aku masih ingat, pada saat itu, aku menahan diriku yang sebak daripada menangis. Babak itu ialah babak yang menceritakan si abang berusaha untuk berlari dengan begitu laju sekali walaupan sudah nampak pada raut wajahnya, dia sudah keletihan.
abang..mana kasut saya!!!!!!!!!

Ali mengambil kasut Zahra yang sudah dibaiki. Di gerai runcit, Ali meninggalkan kasut pink Zahra itu di luar kedai sementara Ali membeli barangan. Secara tidak sengaja, kasut yang satu-satunya kepunyaan Zahra telah dikutip oleh pemungut sampah. Ali meminta Zahra supaya merahsiakan tentang kehilangan itu daripada pengetahuan orang lain. Mereka berdua menulis nota antara satu sama lain, untuk berbincang bagaimana masalah ini diselesaikan supaya tidak diketahui oleh ahli keluarganya yang lain. Mereka merupakan keluarga yang miskin dan sentiasa berhutang. Akhirnya, mereka memutuskan supaya berkongsi kasut Ali memandangkan sesi persekolahan Ali pada waktu petang manakala sesi persekolahan Zahra pula pada waktu pagi. Pada suatu hari Zahra melihat rakan sekolahnya memakai kasut miliknya. Kasut yang berwarna pink. Oleh itu, Zahra mengekori budak perempuan itu. Ternyata, keluarga perempuan itu lebih miskin. Ayah perempuan itulah yang bekerja sebagai pemungut sampah dan buta. Zahra mengalah.

Pada suatu hari, Ali memasuki pertandingan larian. Tujuannya, dia ingin mendapatkan hadiah kasut bagi pemenang di tempat kedua. Dia berusaha dalam larian beramai-ramai tersebut walaupun raut wajahnya menunjukkan wajah keletihan. Tetapi, beliau mendapat tempat pertama. Hadiahnya berupa wang dan dia berusaha untuk menukarnya dengan kasut....nak tahu..tonton sahajalah.

Cerita ini bertaraf Hollywood...dan Islamik. Dengar cerita; Iran, ramai Syiah, bukan? Tetapi cerita ini, aku tak tahu fahaman mana. Aku rasa fahaman sunnah. Cerita ini tetap memberikan pengajaran hebat dan menunjukkan keislaman yang betul. Muzik pun jarang sekali dalam filem ini, tetapi masih ramai yang suka menonton.
apa ni?
Tidak seperti drama-drama dan filem-filem melayu sekarang yang kononnya Islamik. Tak Islamik langsung!
Drama Sahara, Tahajjud Cinta, dll semuanya hancur. Sangat mustahil seorang pelajar Maahad  untuk bercakap tanpa ada hijab dengan pelajar yang berlainan jantina. Apatah lagi merenung lama-lama. Bukan itu sahaja, cara penceritaan pun tidak seronok untuk ditonton. Dah lah memberikan contoh yang tak baik!

Walaupun kebanyakan sekolah agama, ada jugak jenis pelajar yang kurang jaga dalam bersosial, tetapi apabila masuk bab-bab Islamik dalam televisyen, tunjuklah perkara yang betul. Lagi satu, individu yang berpakaian tutup penuh sampai berpurdah akan berasa malu untuk membuat maksiat. Sekiranya nak buat filem atau drama Islamik, carilah beberapa bekas pelajar sekolah agama dan minta pengalaman mereka.

Memang 10001 cerita mengenai budak sekolah agama.

Ya, memang kita tidak boleh nak menilai  seseorang. Kita siapa? Mungkin ada yang berlitup tetapi, dirinya sebenar tak baik. Soal amalan kita ini hanya Allah sahaja yang tahu, tetapi orang yang berlitup ini, sudah memenuhi salah satu syariat Islam, tahniah.
apa ni? Dah kahwin? Even yang dah kahwin yang pakai purdah cam ni pun,
dia takkan tunjuk aksi romen ni kat umum. Diorang tahu 'manner'
Bukan apa, televisyen sepatutnya brainwash masyarakat supaya mengetahu kebenaran, bukannya keburukan. Tahu-tahu sahajalah..

WaAllahua'lam.

TV3! TV Al-Hijrah!, TV9!, etc hentikanlah drama-drama sedemikian...bahaya!!

2 comments:

  1. seriusly..nice entry...tak tgok pon drama keagamaan kt tv swasta...dorg buat duit je...even ade pengajarannya tapi bukan truly real punya...hmmm

    ReplyDelete
  2. thanks for that..yup
    setuju...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi menghampar blog saya...=D
Mungkin ada kesilapan dan kekhilafan pada penulisan saya, makanya, saya ingin memohon maaf dan silalah sudi memberikan saya teguran atas kesilapan saya itu...semua orang mahukan pahala. Hehe, tegur jangan tak tegur.

Thanks For Unfolding The Folds =P
If the content of the post have the mistake and wrong point, please do give me the reprimand and lecture, maybe.

There's no perfection in oneself
And don't try to be perfect

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My Photo
Hanyalah manusia di balik tabir... yang suka memerhati. Jumpa di muka 'about' ^^